
Menyambung peranti anda ke aksesori USB
Anda boleh menggunakan penyesuai Hos USB Type-C™ untuk menyambungkan peranti
anda ke aksesori USB seperti peranti storan massa USB, pengawal permainan, papan
kekunci USB dan tetikus USB. Jika aksesori USB mempunyai penyambung USB Type-C,
penyesuai Hos USB Type-C tidak diperlukan.
penyesuai Hos USB Type-C dijual secara berasingan. Sony tidak menjamin bahawa
semua aksesori USB disokong oleh peranti anda.
Peranti ini mempunyai satu port USB Type-C tanpa tutup. Jika peranti anda terdedah kepada
air, pastikan port benar-benar kering sebelum menyambung kabel USB Type-C.