Memuat turun aplikasi dari Google Play™
Google Play™ adalah gedung Google dalam talian rasmi untuk memuat turun aplikasi,
permainan, muzik, filem dan buku. Ia termasuk kedua-dua aplikasi percuma dan
berbayar. Sebelum anda mula memuat turun daripada Google Play™, pastikan anda
mempunyai sambungan Internet yang berfungsi, lebih digalakkan melalui Wi-Fi untuk
mengehadkan caj trafik data. Untuk maklumat lanjut, lihat
Membenarkan atau menolak
kemas kini aplikasi automatik
pada halaman 64.
Untuk menggunakan Google Play™, anda perlu mempunyai akaun Google™. Google Play™
mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Untuk memuat turun aplikasi daripada Google Play™
1
Dari
Skrin utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Play Store.
3
Cari item yang anda ingin muat turun dengan menyemak imbas kategori atau
dengan menggunakan fungsi carian.
4
Ketik item untuk melihat butirannya dan ikuti arahan untuk menyelesaikan
pemasangan.
Sesetengah aplikasi mungkin perlu mengakses data, tetapan dan pelbagai fungsi pada peranti
anda untuk berfungsi dengan betul. Hanya pasang dan beri kebenaran kepada aplikasi yang
anda percayai. Anda boleh melihat kebenaran yang diberikan kepada aplikasi yang dimuat
turun dan juga menukar statusnya dengan mengetik aplikasi di bawah
Tetapan > Aplikasi.