Sony Xperia X Compact - Menerima panggilan

background image

Menerima panggilan

Jika anda menerima panggilan masuk semasa peranti dalam mod tidur atau skrin

dikunci, aplikasi telefon dibuka dalam format skrin penuh. Jika anda menerima panggilan

masuk semasa skrin aktif, panggilan masuk dipaparkan sebagai pemberitahuan awal

iaitu dalam tetingkap yang dikecilkan yang terapung di sebelah atas skrin yang dibuka.

Apabila pemberitahuan tersebut tiba, anda boleh memilih untuk menjawab panggilan dan

membuka skrin aplikasi telefon atau anda boleh menolak panggilan dan terus berada

pada skrin semasa.

Untuk menjawab panggilan apabila skrin tidak aktif

Apabila panggilan masuk, seret ke kanan.

Untuk menjawab panggilan masuk semasa skrin aktif

Apabila panggilan masuk, dalam pemberitahuan awal yang muncul di sebelah

atas skrin, ketik

JAWAB.

Selain menjawab panggilan, anda boleh pergi ke skrin aplikasi telefon utama dengan mengetik

tetingkap pemberitahuan awal. Menggunakan kaedah ini, anda mendapat lebih pilihan untuk

mengurus panggilan. Contohnya, anda boleh memutuskan untuk menolak panggilan dengan

mesej.

Untuk menolak panggilan masuk semasa skrin tidak aktif

Apabila panggilan masuk, seret ke kiri.

Untuk menolak panggilan apabila skrin aktif

Apabila panggilan masuk, dalam pemberitahuan awal yang muncul di sebelah

atas skrin, ketik

Tolak.

Selain menolak panggilan, anda boleh pergi ke skrin aplikasi telefon utama dengan mengetik

bahagian atas tetingkap pemberitahuan awal. Dengan cara ini, anda mendapat lebih pilihan

untuk mengurus panggilan. Contohnya, anda boleh memutuskan untuk menolak panggilan

dengan mesej.

75

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk membisukan nada dering panggilan masuk

Apabila anda menerima panggilan, tekan kekunci kelantangan.

Menolak panggilan dengan mesej teks

Anda boleh menolak panggilan dengan mesej teks, dihantar secara automatik kepada

pemanggil dan disimpan dalam perbualan Pemesejan dengan kenalan itu.
Anda boleh memilih daripada beberapa mesej dipratakrif yang tersedia di peranti anda

atau anda boleh membuat mesej yang baru. Anda boleh membuat mesej peribadi sendiri

dengan menyunting mesej yang dipratakrif juga.

Untuk menolak panggilan dengan mesej teks apabila skrin tidak aktif

1

Apabila panggilan masuk tiba, ketik

PILIHAN JAWAPAN.

2

Pilih mesej yang dipratakrif atau ketik

Tulis mesej baru.

Untuk menolak panggilan dengan mesej teks apabila skrin aktif

1

Apabila panggilan masuk tiba, ketik tetingkap pemberitahuan awal di mana

nombor telefon atau nama kenalan dipaparkan.

2

Ketik

PILIHAN JAWAPAN.

3

Pilih mesej yang dipratakrif atau ketik

Tulis mesej baru.

Untuk menolak panggilan kedua dengan mesej teks

1

Apabila anda mendengar bunyi bip berulang kali semasa panggilan, ketik

PILIHAN JAWAPAN.

2

Pilih mesej yang dipratakrif atau ketik

Tulis mesej baru.

Untuk menyunting mesej teks yang digunakan bagi menolak panggilan

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Panggilan > Tolak panggilan dengan mesej.

3

Ketik mesej yang ingin anda gunakan dan suntingnya jika dikehendaki.

4

Ketik

OK.