Memindahkan muzik ke peranti anda
Terdapat dua cara untuk memindahkan muzik dari komputer ke peranti anda:
•
Anda boleh memindahkan fail muzik antara peranti anda dan komputer yang
menggunakan kabel USB Type-C™ yang disediakan. Selepas menyambung, pilih
Pindahkan fail pada peranti anda dan kemudian, hanya salin dan tampal atau seret dan
lepaskan fail menggunakan komputer. Lihat
Mengurus fail menggunakan komputer
pada halaman 42.
•
Anda boleh menggunakan perisian Xperia™ Companion untuk memindahkan fail media
anda antara komputer dan peranti anda. Ketahui lebih lanjut dan muat turun Xperia™
Companion untuk Windows di http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion/
atau Xperia™ Companion untuk Mac di
http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion-mac/.
Aplikasi muzik mungkin tidak menyokong semua format fail muzik. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang format fail yang disokong dan penggunaan fail multimedia (audio, imej
dan video), muat turun Kertas Putih untuk peranti anda di
www.sonymobile.com/support/
.